Bismillahirrahmanirrahim .
Hi uolls! aku tengok sekarang ni blogger dah ramai yang menyepi . hey guys .. apa dah terjadi ni? sharing lah. bak kata pepatah inggeris ni 'sharing is caring'.
wait!
ke .. aku yang menyepi sebenarnya ni? hehe.
'kenyataannya memang blogger dah semakin menyepi.'
well, ada something yang aku nak share ngan korang . sebenarnya tak penting sangat . korang pun dalam hati 'tak penting, baik aku cau.' . woi woii . nak lari kemana tu? jangan lah larii duluu . kesian lah kat aku ni, blog aku dah lah jarang update , lepas tu tak ade siapa pulak nak baca... *sob sobb!*
Fyi, aku ni berumur 16 tahun (2014), bakal menduduki SPM tahun depan (2015). Alhamdulillah, otak aku mampu berfikir dengan waras, memang tak salah lagi, Accounting! ya, subjek yang aku minat . (subjek baru minat) sebab aku suka berbisnes! dan suka cara jalan kira dia dan penyusunan baki, etc.
Yang sedih tu, tahun ni aku ambil reka cipta, beb! belajar selama setahun, samalah dengan perdagangan. sebenarnya tu tak sedih sangat, yang palingg dan tersangatlah menyedihkan tu.. aku kena drop dua subjek ni dengan berat hati. reka cipta dan perdagangan. aku belajar selama 1 tahun weh. lepas tu, macam tu aje aku kena drop. aku kena ambil subjek Ekonomi Asas dan juga Akaun. Actually, bukanlah salah sesiapa, tapi salah aku sendiri lah ni. baru lah sekarang nak realize bila dah di pertengahan jalan. barulah mata ni mampu membuka dengan luas dan melihat dunia sekarang. kalau tak, sampai bila2 pun rasanya aku ni takkan sedar2 lagi. kan.. kan..
Start aku realize ni, bila aku tengok kakak2 dan abang2 aku sekarang . nak kata diorang minat sains tulen, macam tak . eh, bukan macam, memang tak pun. diorang lebih kepada matematik . yang sedih tu, abang aku yang paling sulung dipaksa ambil sains tulen, tapi dia tak membantah . sama lah dengan abang aku yang second tu, dipaksa ambil sains tulen . ternyata mereka tidak mampu membawa jauh malah tersungkur di tengah jalan. failed . yep, dan diorang salahkan parent disebabkan hal tu sampai sekarang. ya, sampai sekarang.
Sebab itulah, sebelum nak comfirm sesuatu, fikirkan tentang persiapan diri kita. Mampukah kita membawa jauh subjek tersebut? Jangan terlalu ikut telunjuk orang. Sebab yang akan hadapi ialah kau sendiri. Kenalah berpendirian. bukanlah aku suruh korang jadi anak derhaka sebab tolak ketepi permintaan parent korang. tapi fikirlah, sampai ke tahap mana kemampuan kau terhadap subjek tu. cthnya; kau memang suka gila sains tulen, lepas tu kau kena paksa oleh parent kau ambil akaun yang memang bukan selera kau. beb, nak ke? bila jadi mcm ni, kau yang gagal, tahu? bukan parent kau. bila kau dah kena paksa dengan parent kau, cubalah tolak permintaan mereka dengan lembut. kau berterus-terang nak sains tulen sebab subjek tu kena dengan jiwa kau. hekeleh, pandailah kau membodek sikit sampai parent kau setuju. ini untuk diri kau juga, untuk masa depan kau. Kau tak boleh ambil mudah perkara macam ni. 'heh, dah macam guru kaunseling pulak dah'
Nasib lah, abang aku yang ketiga dan kakak aku yang keempat tu, ambil iktibar dari pengalaman abang2. abang yang ketiga tu, ambil reka cipta mcm aku dan kakak aku yang seorang ni ambil akaun. ternyata, dalam siblings kitorang sekarang, abang aku yang third dan kakak aku ni, boleh bawa jauh subjek diorang. dan diorang memang suka dengan subjek diorang. sampai ade yang belajar kat UK dan... err.. Unikl tapi pointer boleh tahan tinggi. so, aku fikir2.. aku dah lah ambil reka cipta, cuma aku rasa lain. seolah aku tak mampu nak bawa jauh, aku just pandai inovasi. kalau reka betul2 memang tak mampu. sedangkan akaun pula, ada kaitannya dengan bisnes. aku memang minat berbisnes. so, aku try belajar akaun. dalam hati pun, best pulak akaun. kira baki ikut penyusunan secara tertib. memang best gila. serius.
Konklusinya, kita kena cuba memahami kehendak hati ini. apa yang kita mampu, apa yang paling kita minat. cthnya; suka pegang duit, kira2 duit. like my sis tu. so berusahalah jadi accountant yang berjaya.
Ada orang minat praktikal. kalau rasa rasa belajar tak mampu, or tak minat nak belajar. memang dah sedia sekolah Vokasional dan ada sijil diploma bila keluar. senang aje, keluar terus dapat apply kerja. lagi bagus.
Daripada habiskan duit parent, lepas tu menyusahkan pulak nak kena belikan baju sekolah, buku tulis, bayar duit PIBG, beli buku kerja untuk buat revision, duit belanja.. and bla.. blaa... Alahaii, bazir yang amat! kesiankanlah parent kau. Cuba kau fikir, dengan semua duit2 tuhh, kau kira balik peruntukkan untuk kau seorang aje yang nak bersekolah harian ni. kau kira balik. tak ke membazir namanya? tolonglah, buka mata tu luas seluas yang mungkin. muhasabah sikit diri tuh. takkanlah nak hidup dalam kegagalan. lepas tu, nak ke jadi penganggur seumur hidup. nak ke? fikir-fikirkanlah kan lah :)
I have no experience, tapi aku ambil iktibar yang lepas untuk dijadikan pengajaran. Maaf sekiranya kasar sangat konklusinya, actually, konklusi ni aku tujukan untuk diri aku juga. so, relax lah! kita sama-sama muhasabah diri kita.
Jadi. sampai sini sahaja.
Assalamualaikum.
Bye byee!
No comments:
Post a Comment